Tuesday, August 25, 2009

Gelak Ketawa

TEKA-TEKI

1) Semua haiwan jadi monyet,monyet jadi apa? jwpn: Jadi banyak.

2) Antara ekor lembu dengan ekor tikus… ekor mana yg lebih pjg & kenapa? jwpn: ekor tikus lebih panjang sebab mencecah lantai

3) Dari banyak banyak burung, burung mana jaga atuknya sendiri? jwpn: Burung belatuk aaa

4) Kalau kereta berhenti apa yg turun dulu ….? jwpn: Speedometer turun dulu

5) kalu bas kemalangan n bas tu terjatuh ke dalam sungai, apa yang masih hidup lagi walaupun bas tu dalam air…? jwpn: Road Tax Bas Lah

6) kete apa yang bolih jalan dari pokok ke pokok? jwpn: Mazda 323 (tree to tree)

7) apa yang paling pandai dalam makmal? jwpn: Termometer sebab byk degree :-p

8)Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya jwpn: O.A.G (Orang Asli Gombak)

9) Kumpulan Rock yang Paling wangi jwpn: MAY (Bau Sabun)

TEMUDUGA BERSAMA LANUN

Seorang lelaki yang kudung kakinya, tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun. Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?" Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua" Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?” Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!" Penemuduga: "Mata kamu pula?" Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya." Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?" Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu."

0 comments:

Post a Comment