Sunday, August 23, 2009

Acara-Acara yang diadakan sepanjang Bulan Ramadhan

Bacalah Al-Quran walaupun hanya sepotong ayat.. bersihkan lah hati dengan membacanya..

Bacalah ia.. jangan lah hanya dipandang begitu sahaja..

Acara-Acara sepanjang Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Sembahyang Terawikh Bertadarus ( Khatam Al-Quraan) Membaca Yaasin dan Tahlil

Wahai teman-teman, Marilah kita sama-sama memeriahkan bulan Ramadhan yang mubarak ini dengan mengikuti acara-acara yang tersebut diatas,

dengan hati yang ikhlas bukan kerana terpaksa atau dipaksa..

Renunglah Bersama:

Tersebut kerap di dalam Al-quran, mulia nian; "Sungguh Allah mengasihi dan menyayangi orang-orang yang bertaubat dan yang senantiasa mensucikan diri"

Bahkan, di dalam sepotong sabda baginda saw; "Wahai anak Adam, selama mana kamu berdoa dan berharap kepada-Ku, Aku (ALLAH) akan ampuni bagi kamu di atas dosa-dosa yang ada padamu, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, sekiranya mencapai dosa-dosamu itu ke awan langit selepas itu engkau memohon keampunan-Ku, nescaya Aku ampuni bagi kamu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, sesungguhnya kira kamu datang pada-Ku dengan kesalahan sebanyak bumi dan seisinya, sedang kamu tidak menyekutui Aku dengan sesuatupun, nescaya Aku berikan keampunan kepadamu sebanyak itu juga."(At-Tarmizi)

Subhanallah, Baiknya ALLAH pada hamba-hambaNya selagi mana kita tidak mempersekutukanNya. Lantas, saudara-saudaraku, ayuh bersama kita kembali padaNya.. Bertaubat dan Bersihkan diri.

Kita Mahu Dikasihi dan Disayangi ALLAH, bukan??

Ramadhan semakin hampir Moga kita diizinkan menjejakinya dengan hati yang bersih dan bersedia... Wallahua'lam..

0 comments:

Post a Comment