Tuesday, December 15, 2009

Cuti-Cuti KUPU SB


Assalamualaikum..
Pada 12hb December 2009 yang lepas kami iaitu Mahasiswa dan Mahasisiwi
KUPU SB sesi 2009/2010 telah selesai menjalani dan menduduki Peperiksaan Semester 1 bagi tahun 2009 ini..
So pada masa ani kami Holiday bermula pada 13hb December 2009 yang lepas hingga 18hb Januari 2010
yang akan datang..

Hostel masa ani kami tinggalkan.. Kami kosongkan.. kadang-Kadang rindu jua kan Hostel atu..
Pasal iatah tempat kami Belajar, mengulangkaji, membuat keraja, yang penting tempat kami
TIDUR.. paling penting tu..

So masa ani jua Pensyarah-Pensyarah sibuk dengan kertas periksa.. Merait2, Membetulakn,
Membari markah.. dan sebagainya.. Mudah-muddahan Kami lulus semua dengan keputusan yang memuaskan dan dapat meneruskan pengajian kami pada Semester 2 yang akan datang TANPA membawa pelajaran yang lepas.. AMIN..

Saya ingin mengucapakn Selamat Bercuti kepada kawan2 saya..
Berjumpa kembali pada hari yang akan datang..
Wassalam..


Wednesday, December 9, 2009

Merenung Sejenak ( Istighfar )



1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil. 

2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah. 


3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.


Hadith :


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”


Riwayat Abu Daud


Sunday, December 6, 2009

Merenung sejenak (Taubat)



Bertaubatlah wahai Saudara-Saudara ku dan Sahabat-Sahabat ku..
Hindarkanlah dan Jauhkanlah daripada perbuatan dan perkara- perkara yang dilarang Allah SWT..
Lakukanlah dan Tunaikanlah perintahNya..

Bertaubatlah..
Bertaubatlah..
Bertaubatlah..
Selagi pintu Taubat Masih terbuka untuk mu..
Selagi Hayat mu Masih ada..
Selagi Ajal mu belum Tiba..
Selagi Masa mu masih luas dan panjang..

Hapuskanlah segala Dosa-Dosa mu..
Carilah dan Kumpul lah seberapa banyak Pahala untuk menjadi Bekalan akhiratMu..
Mohonlah keampunan daripadaNya sebelum engkau terlambat..

Pasal Pameran dan Kerja for Kokurikulum





    





Ani adalah hasil kerja kami setingkat..
untuk Pameran dan Kerja ini juga adalah dikira sebagai kertas kerja ( assignment ) kami
dan termasuk dalam markah
Assignment kami dalam Krusus Kokurikulum yang
mana kami telah diamanahkan untuk membuat megenenai dengan
"Cara Penyembelihan mengikut Hukum Syaraq"

Alhamdulillah
Ini Hasilnya seperti yang abiskita lihat..
Mungkin Ianya tidak seberapa.. tapi bagi kami Ianya cukup bermakna
dan sempurna..
Kami telah menyiapkan kerja tersebut pada pukul 2 pagi bermula dari pukul 9 malam.

Alfu Mabruk

Pasal Exam.. Peperiksaan..

Masa ani kami sedang menjalani Peperiksaan Semester 1.. kami punya exam buat masa ni so far so good.. Alhamdulillah lah.. pasal menghafal2 atu biasalah.. 
bejaga malam atu andang kebiasaan udah..
yang last minit pun ok jua lah.. 
paham2 saja.. saya sendiri pun membaca last2 minit.. tapi
besyukur kepada Allah jua..
berkat kesabaran dan ketabahan atu jua dapt lah saya dan kawan2 saya sendiri 
menjaawab soalan2..
tapi Last minit ani jangan di amalkan lah..
peperiksaan yang akan kami jalani lagi ada 4 kertas lagi so hopefully 
kami dapat menjawab dengan baik.. AMIN..

Friday, December 4, 2009

Pasal Hari Raya Aidiladha ( Hari Raya Korban )


Bersembahyang di Hari Raya AIdil Adha









Qorban.. Memotong2 daging yang telah sempurna disembelih







Majlis Pembahagian Daging2 Sembelihan..


Disini saya ingin berkongsi sedikit cerita mengenai dengan sejarah 
Qorban ini :


SEJARAH

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

       Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.



Pada
28hb november 2009
Hari sabtu
bertempat di : Surau Kupusb dan Kawasan HEP.


Alhamdulillah pada hari tersebut kami semua selaku Warga Kupu SB
telah sempurna menunaikan
Sembahyang berjemaah Aidiladha
dan mengadakan Qorban bagi Hari Raya Aidiladha..


Sembahyang yang diadakan di Surau Kupu SB.
Qorban diadakan dan dilaksanakan di kawasan letak kereta HEP ( Hal Ehwal Pelajar )


Seperti yang saya diberitahu.
Kami menyembelih 3 ekor Kerbau dan 3 ekor Kambing.
dan telah sempurna di sembelih dan telah diagihkan
kepada penerima-penerima yang telah ditentukan
selebihnya pula telah diberikan kepada warga Kupu SB.


dan dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan
"Selamat Hari Raya Aidil Adha"






Pasal Sukan Ria ( Asrama Putera )



Azree dapat bola dengan gembira..



C azhar.. memkan roti.. buas..



Wow.. Haji apek jangan makan bejurit ke pipi..



Nyaman eh.. BBQ lagi.. Laziz..




Mencari benda Di dalam Tepung



Membawa Bola menggunakan Kepala


ok.. on wednesday night..
we all havin a small party and sukan ria efore kami exam on 30-11-2009..

so on that night acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-fatihah..
ucapan dari tetamu kehormat majlis
yang mulia ustaz HajSahibon..
ucapan dari pengerusi asrama putera
Mohd Atailah Saatari atau lebih dikenali
dengan Atai..

After that majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi
pemenang-pemenang aktiviti-aktiviti iaitu
pertandingan Futsal, Bola Tampar dan Raga..


acara dimulakan lagi dengan sukan-sukan yang akan ditandingi
oleh tahun 1, 2 dan 3..
1. Membawa bola menggunakan sudu
2. Memakan roti
3.Ikat kaki
4. Mengutip gula-gula
5. Membawa bola menggunakan kepala ( 2 orang )
dan lain-lain lagi..


Selepas itu menikmati jamuan yang tidak seberapa.. yeyelah..

Pada malam atu stress pun hilang..siuk..happy and kanyang... ;-)




Wednesday, December 2, 2009

Pasal Hostel Kami


Ok pasal hostel ani..
setakat ani alhamdulillah plang.. akan tetapi
teguran demi teguran diberikan kepada kami..
tapi teguran atu bagi kami bukan satu hinaan atau satu yang
menyusahkan bagi kami bahkan ianya adalah
satu cabaran dan dugaan bagi kami untuk memperbaiki diri
dan hostel kami..

So now hostel kami berdiri dengan megahnya..
telah dihias dengan cantiknya..
tapi ani blum lagi habis membisaikan hostel kami..
ada masa teluang nanti kami kan memebersihkan dan
melawakan hostel kami lagi.. ok?

so to all tingkat satu..
apa lagi liatkan tia yang tani atu pembersih, suka menghias2
and ada masa tani ngusai lagi ok brooo??

' Maju tingkat Saatu'
apa deeeehhh..

Tuesday, December 1, 2009

Pasal Aktiviti Kolej

Kolej Kediaman Putera mengadakan Pelbagai anjuran
dan aktiviti yang mana syarat bagi setiap anjuran ataupun aktiviti
mesti disertai oleh mahasiswa tahun 1, 2 dan 3 tidak terkecuali..
Setiap tahun mesti mempunyai wakil tersendiri..
Aktiviti-Aktiviti yang dianjurkan ialah :
1. Futsal 5 orang sepasukan
2. Raga 3 orang sepasukan
3. Bola Tampar 7 orang sepasukan

Pasal Elaun ( BIBD Waadiah dan BIBD A+ )



Alhamdulillah di penghujung bulan oktober elaun kami telah
dikeluarkan dengan serta merta dan sekaligus..
ianya begitu mengejutkan kami..


dan pada pertengahan bulan november elaun kami dikeluarkan sekali lagi iaitu
ELAUN BUKU yang telah disediakan oleh kerajaan untuk kami..


Kami merasa bersyukur kerana diberi kemudahan sebegini..
kami ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada
Kerajaan Negara Brunei Darussalam..


..Syukran Jaziiiilan..

Mohon Maaf Kerana terlalu Lama untuk mengUPDATE

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
ok.. selamat datang kepada pengunjung2 kami.. selama ani kami
sibuk saja.. so now kami kan mengupdate2 cerita kami..
so lawat2 saja..
ok ceritanya begini..
masa ani kami sedang menjalani peperiksaan yang sudah
berlangusng selama 2 hari berturut-turut..
Tilawah Tajwid Alquraan dan tasawwur sudah berlalu..
yang menyambut M.I.B.. dan seterusnya..
jadual kami akan kami paparkan nanti.. insyaAllah..
before kami EXAM macam2 dah kami lalui..
Pasal Elaun : Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.
diterima sudah..syukran..
Pasal aktiviti : Alhamdulillah pembahagian bagi
peserta-peserta sudah di adakan..
Pasal Sukan Ria : Siyyyuk nyamu.. happy kami malam atu..
mcam2 saja ceritanya..
Pasal Hostel : ani yang payah sikit ni...
banyak dan ada longgar sikit..masaalah lah tu..
Pasal Majlis Perpisahan : 3 orang guru telah tamat dan sudah tiba
masa mereka untuk berehat..( Pencen )
Pasal majlis2 yang kami sertai : Terlalu banyka dan
akan kami kongsikan bersama kita.
Pasal Hari raya AidilAdha : Korban 3 Ikung Kerabau.....
Selamat sempurna dijalankan dan di agih2 kan..
Pasal Exam : Kusut, Stress, Ampar, Bejaga Malam tapi
Alhamdulillah Kami tejawap..
Ok semua Pasal-pasal yang saya sebutkan dan beritahu
diatas ani akan saya ceritakan nanti Insya Allah..
So setakat ani pembelajaran kami di KUPU SB sangat memuaskan..
Kami merasa sangat
beruntung diterima di KUPU SB..
Tidak lama lagi pembelajaran kami dalam SEMESTER 1
akan berakhir dan kami akan diberi luangan masa
untuk berehat ( Cuti ) selama 1 bulan
sebelum memulakan pembeljaran kami SEMSETER 2..

Thursday, October 8, 2009

Dikir barat ( Hari Raya )

SALAM SEJAHTERA PEMBUKA KATA
KAMI DI SINI ADA CERITA
TENTANG PERIHAL DI HARI RAYA
UNTUK HIBURAN KITA BERSAMA
DENTUMAN BADIL MEMECAH SUNYI
TANDA TIBANYA HARI BAHGIA
KINI TIBA SYAWAL MENJELMA
HARI KEMENANGAN UNTUK SEMUA HEY!
INDAHNYA PAGI SYAWAL YANG MULIA,
BERGEMA TAKBIR DI SINI SANA,
BERDUYUN-DUYUN KITA BERSAMA
TUNAIKAN SOLAT DI PAGI RAYA~
HARI RAYA HARI MULIA
BERSALAM SALAMAN DAN BERMAAFAN
LUPAKANLAH SEMUA SENGKETA
BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH
KUEH DAN MUEH BERWARNA WARNI
TAPAK KUDA TAH PALING DIGEMARI
DUIT RAYA SLALU DINANTII
INDAKAN MULEH INDA DIBAGI
SAMPAI DI SINI KITA BERJUMPA
KAMI MENYUSUN SEPULUH JARI
SALAH DAN SILAP HARAP MAAFKAN
JANGAN DI PENDAM DI DALAM HATI.
Oleh : Mohd Qayyum Ahmad Senusi Hardila Bin Yakop
Tajuk : Dikir barat ( Hari Raya )

Monday, October 5, 2009

Asrama Putera KUPU SB

Asrama Putera yang bermaksud asrama untuk mahasiswa-mahasiswa tinggal lah.. jua lagi bini-bini kan..iatah bentuk bangunan asrama yang masa ani tempat kami tidur, belajar, mandi, berusah, membuat keraja.. iatah sudah ni.. Alhamdulillah lah, didalamnya lengkap dengan semua barang-barangnya.. Terima Kasih kepada pihak Kolej jua kerana menyediakan tempat kami tinggal.. Syukran Kasiran...

Kertas Kerja Kami

Kertas Kerja 1 Melayu Islam Beraja Tarikh menghantar : 5hb Oktober 2009 Kertas Kerja 2 Bahasa English Tarikh menghantar : 7hb Oktober 2009 Kertas Kerja 3 Penawar bagi Hati Tarikh Menghantar : 21hb November 2009 Bah Barangsiapa yang balum menghantar atu baiktah hantar, and yang balum siap atu siapkan lah.. apa lagi kan di tunggu.. siapkan cek hantar, kan sanang.. ok berooo?

Thursday, October 1, 2009

Back To School Ne berrroooo!!!

Kuliah Lagi Ne.. Assabru Wasyukru...
Elaun Kah?? Tunggu Saja Tia
Ani Kenapa?? Stress Membuat Assignment? Relaks Saja Bergghhoo...
..Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Kepada kawan-kawan dan sahabat-sahabat ku semua.. Puasa Ramadhan telah pergi meninggal kan kita, Kini Bulan Syawal bersama kita, Senyuman di hari raya membuat kita gembira, Lapas hari raya balik semula macam biasa... hahahahaha.. Amacam,, Saya punya pantun?? anda bulih lawan kah?? kalau berani lawan sila pamerkan pantun anda di ruang kurapak yang telah disediakan.. ok berooo??.. Anyway, Puasa udah limpas, raya masih pertengahan, ani kn sambung kuliah semula, bh jangtah lupa kn menyiapkan kerja-kerja yang yelah diberikan arah kitani semua.. siapkan tia awal-awal jgn sudah menampuh barutah kn berusah.. barutah kn bekakas kata urang tua-tua kitani.. so apa ada?? macmana raya abiskita? siyuk kah atau inda? bh siuk kah inda kah yang penting kitani GUMBIRA... ok berooo... Cerita raya sudah.. Kerja Assignment sudah.. apa lagi balum.. eh jgn lupa.. Puasa macamana?? Full?? ada yang inda kali ni? kalau ada yang inda full inda mengapa di maafkan TETAPI jangan lupa kn menqadha ah.. jgan kn relax-relax kn meninggalkan macam atu saja.. Mesti di habiskan tu.. Fahimtum?? Alhamdulillah eh.. Bertemu kita lagi bulan ani... eh apa lagi kan beroo?? kusut jua mua ah? apa ada? oh patut th inda beusul mua bilang urang.. ELAUN balum ada kah? ahaha.. relax beroo.. ada tu nanti.. sabar-sabar th dulu, tungu saja tia.. MELATUP ne.. ok?? bh jgnth dipikirkan tu... Sakit saja kepala...

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri Kawan-Kawan

i
Selamat Hari Raya Aidilfitri Saya ucapkan kepada kawan-kawan saya.. kepada mahasiswa dan mahasiswi Kupu SB.. Saya ingin memohon maaf kepada abiskita semua jika ada tersalah bahasa, tersilap kata, terkasar sedikit or banyak kah.. Maafkan lah segala tingkah laku saya jika ada yang menyinggung perasaan abiskita, yang mebuat kita sakit hati.. so apa2 pun kemaafan lah yg saya perlu kan di aidilfitri ani selain dari pada DUIT RAYA.. relax sajaaa... Minta Maaf k.. Dan di kesempatan ini juga saya selaku wakil dari Tahun 1 2009 ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN... ....Happy Raya....

Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Tarikh : 16-09-2009 Hari : Rabu Malam Khamis Tempat : Dewan Makan Asrama Lelaki Jemputan Khas : Ustaz Haji Saibun

Wednesday, September 9, 2009

Seminar " Muzakarah Memperkuat Kerohanian Dan Aspirasi Guru Ugama"

Seminar ini telah dirasmikan oleh Ra'es KUPU SB Yang Mulia Dr Ustazah Hajah Masnon Binti Haji Ibrahim. Tarikh : 19 Ramadhan 1430h / 09 september 2009m Hari : Rabu Jam : 8.30 pagi Tempat : Dewan Besar KUPU SB Antara Tajuk Kertas Kerja Yang dibentangkan ialah : 1) Memahami Peranan Kekuatan Kerohanian dan Aspirasi Guru Ugama. 2) Ulama Pewaris Para Nabi 3) Menjana jatidiri dan Komitment Guru Ugama Tajuk Pertama telah dibentangkan oleh Yang Mulia Ra'es KupuSB Dr Ustazah Hjh Masnon sendiri bersama-sama dengan ucapan perasmian beliau. Tajul kedua pula telah dibentangkan oleh Prof.Madya Dr Ariffin bin Omar & Tajuk ketiga Telah dibentangkan Oleh Ustazah Hajah Zaliha Binti Haji Ibrahim Dekan Fakulti Usuluddin.

Monday, September 7, 2009

Free Layouts for MySpace

I made my layout with the Myspace Background Maker. Get myspace layouts, graphics, and flash toys at pYzam.

Jualan Sempena Hari Raya Aidilfitri

..YMRM Enterprise..
Bah apa lagi YMRM jualan murah ah., Potongan sampai 70% wa .. apa lagi.. serbu tia.. mau jua kn belawa hari raya ane.. baik jua nyaman diliat nya orang.. nda ja? bagi laki2 atu sinjang nya lawa2 Mantop brrooo.. nda menyasal.. tapinya mun sudah akhir2 ani.. makin kurang dah tu.. pi nya dont worry stock baru ada g tu.. for bini2 tudung ada jua lawa2.. p sorry nda saya tau ah.. pilih lah sendiri.. Citarasa Abisikita.. kn??

Sunday, September 6, 2009

Masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah

Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan

Ringkasan Peringkat Penurunan Al-Quran

Ringkasan peringkat penurunan al-Quran Seperti yang kita sedia maklum, al-Quran itu disimpan Allah di Luh Mahfuz dalam satu bentuk yang hanya Allah dan malaikatnya sahaja memahaminya. Daripada Luh Mahfuz itu Al-Quran diturunkan terus ke Baitul Izzah (langit dunia) secara total dan kemudiannya diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W secara berperingkat-peringkat melalui perantaraan Jibril A.S. Menurut riwayat Ibnu Abbas, Al-Quran itu diturunkan sekaligus pada malam Lailatul Qadar daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Kemudian, diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun kepada Nabi S.A.W. Dalam tempoh itu, Nabi S.A.W dapat mengajar umat Islam ketika itu memahami al-Quran dengan baik secara berperingkat-peringkat juga. Penurunan al-Quran yang berperingkat itu ada yang berlaku atas sebab sesuatu dan ada juga yang tidak. Sebab itu tidak semua surah ada asbabul-nuzul. Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Nuzul AL-Quran

Marilah kita sama2 melipatgandakan ibadah di bulan yang penuh keberkatan ini. Moga amalan kita semua diterima olehNYA. Muhasabahlah diri kita sendiri.... Moga kita semua beroleh keberkatan dan rahmat daripadanya jua! ..Amin Ya Rabbal-Alamin..
Sama-Sama lah kita memeriahkan lagi Sambutan Nuzul AL-Quraan yang Mulia ini dengan membaca Al-Quraan.. Khatamkanlah AL-quran pada bulan Ramadhan kerana sesungguhnya ada berkat didalamnya. " Sesungguhnya kami telah menurunkan (AL-Quraan) ini pada malam Lailatul-Qadr, dan pada jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul-Qadr itu? Malam Lailatul-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. PAda malam itu turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan, Kerana embawa segala perkara ( yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut ) ; sejahtera lah malam yang berikut (yang berkat) itu hingga terbit fajar " ( Surah AL-Qadr : Ayat 1-5 )

Friday, September 4, 2009

Majlis Khatam.Tarawikh dan Doa tahlil Kg Sg.Buloh

G Kona Dengan Hati yang Ikhlas membaca AL-Quran
G apek.. Main mubail th plang.. awal dh habis membaca sulnya.. Mantop!
C bunga habis sudah membaca.. Semangat..
Suasana Semasa membaca Al-Quraan..
Eh Qayyum Tdur ko yum?? Charging kh tu? Bagus.. Mantop !
Majlis Khatam Al-Quran,Tahlil dan Sembahyang Terawikh Tempat : KG. Sungai Buloh Tarikh : 2hb September 2009 Jam : 5.00 ptg hingga 9.00 mlm Ahli-Ahlinya : Firdaus, Azree, Qayyum, Azmi, Azhar, G Hafiz, G Apek, Hasry, Fuad, Pye, dan Faez.