Sunday, September 6, 2009

Ringkasan Peringkat Penurunan Al-Quran

Ringkasan peringkat penurunan al-Quran Seperti yang kita sedia maklum, al-Quran itu disimpan Allah di Luh Mahfuz dalam satu bentuk yang hanya Allah dan malaikatnya sahaja memahaminya. Daripada Luh Mahfuz itu Al-Quran diturunkan terus ke Baitul Izzah (langit dunia) secara total dan kemudiannya diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W secara berperingkat-peringkat melalui perantaraan Jibril A.S. Menurut riwayat Ibnu Abbas, Al-Quran itu diturunkan sekaligus pada malam Lailatul Qadar daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Kemudian, diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun kepada Nabi S.A.W. Dalam tempoh itu, Nabi S.A.W dapat mengajar umat Islam ketika itu memahami al-Quran dengan baik secara berperingkat-peringkat juga. Penurunan al-Quran yang berperingkat itu ada yang berlaku atas sebab sesuatu dan ada juga yang tidak. Sebab itu tidak semua surah ada asbabul-nuzul. Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

0 comments:

Post a Comment