Kami telah berkumpul dikawasan padang Sir Muda Omar Ali Saiffuddien.
untuk barisan lalu dan persembahan membentuk nombor 26 jawi dan rumi sekaligus membaca Iqrar dan memnyayikan lagu Kebangsaan NegaraBrunei Darussalam dengan penuh semangat.
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
MERDEKA !! MERDEKA !! MERDEKA!!
Kami sangat berpuas hati pada hari atu, pasal, walaupun hujan tetapi kawad kaki ( Barisan Lalu ) kami Rata, Lurus and Steady.. Inda rugi belatih ngaleh-ngaleh, bepanas, bepaluh.. Hasilnya kami dapat melakukan yang
Terbaik.
Demi Negara Kami yang TERCINTA..
Pada 12hb December 2009 yang lepas kami iaitu Mahasiswa dan Mahasisiwi
KUPU SB sesi 2009/2010 telah selesai menjalani dan menduduki Peperiksaan Semester 1 bagi tahun 2009 ini..
So pada masa ani kami Holiday bermula pada 13hb December 2009 yang lepas hingga 18hb Januari 2010
yang akan datang..
Hostel masa ani kami tinggalkan.. Kami kosongkan.. kadang-Kadang rindu jua kan Hostel atu..
Pasal iatah tempat kami Belajar, mengulangkaji, membuat keraja, yang penting tempat kami
TIDUR.. paling penting tu..
So masa ani jua Pensyarah-Pensyarah sibuk dengan kertas periksa.. Merait2, Membetulakn,
Membari markah.. dan sebagainya.. Mudah-muddahan Kami lulus semua dengan keputusan yang memuaskan dan dapat meneruskan pengajian kami pada Semester 2 yang akan datang TANPA membawa pelajaran yang lepas.. AMIN..
Saya ingin mengucapakn Selamat Bercuti kepada kawan2 saya..
1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.
2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.
3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”
Logo Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
VISI
Untuk mencapai kemuliaan akhlak dan kecemerlangan ilmu perguruan ugama yang terbilang di Alam Melayu bertaraf antarabangsa.
MISI
Memartabatkan pengajian perguruan ugama melalui pengintegrasian ilmu, latihan, kajian, perkhidmatan, ketrampilan, teknologi dan jati diri berasaskan prinsip-prinsip Islam dan falsafah pendidikan negara.
MATLAMAT
Melahirkan sumber tenaga manusia sebagai hamba dan khalifah Allah yang berwibawa dalam pendidikan perguruan Islam, untuk membentuk masyarakat dan bangsa yang berilmu, beramal dan bertaqwa menurut ajaran Ahli Sunnah Waljama‘ah bermazhab Syafi’e serta mendukung kedudukan Ugama Islam sebagai ugama rasmi negara dan Konsep Negara Melayu Islam Beraja.
OBJEKTIF
Mengadakan program latihan dalam bidang perguruan Islam di peringkat pengajian sijil, diploma, ijazah dan ijazah lanjutan serta kursus-kursus pemantapan dan peningkatan.
Melaksanakan kajian dan penyelidikan ilmiah dan menyebarluaskan hasil pengalaman, penemuan dan penyelidikan dalam bidang pengajaran-pembelajaran menerusi penerbitan.
Menjalin kerjasama dengan institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara berkaitan hal ehwal perguruan, penyelidikan, perkhidmatan dan pengurusan, tenaga akademik dan pelajar.
Struktur JawatanKuasa Tingkat 1
Ketua Tingkat : Mohd Firdaus Haji Shamsuddin, Penolong Ketua Tingkat : Mohd Azmi Haji Alinor, Setiausaha : Khairul Azri Awang Matusof, Bendahari : Syazwan Azizi Haji Mohamad Taib, Ketua Keselamatan : Asril Amin Bin Ahmad, Ketua Kebersihan : Hardila Yakop.
Pengenalan Diri Kami
Kupu SB : Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
912 : Pengajian kami bermula 2009 - berakhir 2012 dan 2013