Tuesday, May 18, 2010

Majlis Tamat Bagi Kadet Bomba Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan 2010M/1431H












Pada : 28hb April 2010
Hari : Rabu
Tempat : Padang Kawad Kolej Perguruan ( Parking Kereta )

Tetamu Kehormat : Ustaz Dr. Haji Abdullah Bin Haji Awang lampuh
Raes Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan

Ok secara ringkasnya, Pasukan Kadet Bomba KUPU SB telah menamatkan latihan mereka pada hari tersebut dengan cuaca yang tidak begitu baik tetapi rahmat bagi kadet-kadet bomba kerana dihujani oleh air Hujan yang begitu meriah sekali ( Lebat ).

Walaupun dalam keadaan berhujan, kadet-kadet bomba KUPU SB masih tegak berdiri di padang kawad KUPUSB. Dengan penuh semangat dan berkeyakinan tinggi kadet-kadet Bomba berkawad kaki masuk ke padang kawad di ikuti dengan pegawai-pegawai bomba yang telah dilantik untuk melatih dan mengajar para kadet-kadet Bomba. 


Walaubagaimanapun, kadet-kadet bomba KUPU SB telah melakukan yang terbaik dan menunjukkan yang mereka berkebolehan di dalam kawad kaki tersebut walaupun latihan hanya dilakukan 2 x seminggu sahaja, Itulah kehebatan Kadet-kadet Bomba KUPU SB.. 

Setelah itu, dengan terpacakanya Kadet-Kadet Bomba KUPU SB di padang kawad tersebut, Aturcara majlis pun dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Ucapan Alu-Aluan daripada Wakil Tetamu Kehormat majlis, Kemudian Penyampaian sijil-sijil kadet bomba bagi tahun 2010M/1431H pun dijalankan. 

Dengan berkawad kaki dan mengikut hitungan masa yang telah diajarkan seorang demi seorang berjalan dengan caranya yang tersendiri untuk menerima sijil masing-masing.

Selepas selesainya penyampaian sijil-sijil, sebenarnya Persembahan kawad kaki secara Statik akan dipersembahkan oleh Kadet-Kadet Bomba KUPU SB yang telah dipilih akan tetapi malangnya cuaca tidak mengizinka, so apa bleh buat. Acara ditamatkan dengan bacaan Doa Selamat kemudian Menikmatia Jemuan.

Sebelum menikmati jamuan, ICE Cream MR. Softy telah menantikan kehadiran kami, So apa lagi kami makan ICe Cream lah. Syukran dan berbanyak-banyak Terima Kasih diucapkan kepada Ustazah. 

Ok. Itulah Kisah yang saya dapat kongsikan Bersama Biskita.. 
Assalamualaikum.. 

Wassalam.. 

0 comments:

Post a Comment