
Bacalah ia.. jangan lah hanya dipandang begitu sahaja..
Acara-Acara sepanjang Bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Sembahyang Terawikh Bertadarus ( Khatam Al-Quraan) Membaca Yaasin dan Tahlil
Wahai teman-teman, Marilah kita sama-sama memeriahkan bulan Ramadhan yang mubarak ini dengan mengikuti acara-acara yang tersebut diatas,
dengan hati yang ikhlas bukan kerana terpaksa atau dipaksa..
Renunglah Bersama:
Tersebut kerap di dalam Al-quran, mulia nian;
"Sungguh Allah mengasihi dan menyayangi orang-orang yang bertaubat dan yang senantiasa mensucikan diri"
Bahkan, di dalam sepotong sabda baginda saw;
"Wahai anak Adam, selama mana kamu berdoa dan berharap kepada-Ku,
Aku (ALLAH) akan ampuni bagi kamu di atas dosa-dosa yang ada padamu,
dan Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam, sekiranya mencapai dosa-dosamu itu ke awan langit selepas itu engkau memohon keampunan-Ku,
nescaya Aku ampuni bagi kamu dan Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam, sesungguhnya kira kamu datang pada-Ku dengan kesalahan sebanyak bumi dan seisinya, sedang kamu tidak menyekutui Aku dengan sesuatupun, nescaya Aku berikan keampunan kepadamu sebanyak itu juga."(At-Tarmizi)
Subhanallah, Baiknya ALLAH pada hamba-hambaNya selagi mana kita tidak mempersekutukanNya.
Lantas, saudara-saudaraku,
ayuh bersama kita kembali padaNya..
Bertaubat dan Bersihkan diri.
Kita Mahu Dikasihi dan Disayangi ALLAH, bukan??
Ramadhan semakin hampir
Moga kita diizinkan menjejakinya dengan hati yang bersih dan bersedia...
Wallahua'lam..
0 comments:
Post a Comment